PENGENALAN RINGKAS TEMPAT YANG AKAN DILAWATI

Egypt atau lebih dikenali dengan nama Mesir adalah antara sebuah negara tamadun terawal di dunia dan mempunyai pelbagai sejarah yang mendalam seperti dinasti pemerintahan firaun,sejarah anbiya dan penyebaran Islam.Mesir juga di beri gelaran ardu kinanah yang bermaksud bumi yang mempunyai seribu anak panah dengan maksud yang mendalam iaitu negara yang mempunyai banyak masjid dan dikenali sebagai gedung ilmu kerana disini terletaknya sebuah universiti tertua di dunia iaitu UNIVERSITI AL-AZHAR.

Kaherah @ Cairo

KAHERAH merupakan ibu negara bagi negara MESIR dan juga dipanggil dengan nama CAIRO.Di dalam kaherah ini terdapat sebuah kubu peninggalan SALEHUDDIN AL-AYUBI,didalamnya terdapat muzium ketenteraan dan 3 buah masjid,kubu ini telah dibina pada tahun 1183masihi dan masih utuh sehingga sekarang.Kubu ini terletak bersebelahan dengan Jabal Muqattam yang mana dari atas bukit muqattam ini anda boleh melihat pemandangan bandar Kaherah.Berhampiran dengannya juga terbinanya sebuah masjid yg di beri nama Masjid Imam AS-Syafie kerana di masjid ini,bersemadinya jasad seorang ulama terkenal iaitu Muhammad Bin Idris atau lebih dikenali dengan gelaran Imam AS-Syafie,beliau merupakan pengasas Mazhab AS-Syafie,.Di dalam masjid ini juga terdapatnya maqam ulama terkenal Sheikh Zakaria Al-ansori.

Di kaherah juga anda akan di bawa ke
Giza yang mana terletaknya Piramid terbesar di Mesir Pyramid Kufu,disisinya terdapat dua lagi pyramid iaitu Pyramid Mankara dan Pyramid Kufra,di Giza ini juga terdapat patung berkepala singa yang lebih dikenali dengan nama Sphinx atau Abu Hol.

Di Kaherah juga terletaknya kampus utama
Universiti Al-Azhar dan Masjid Al-Azhar yang mana di gunakan sebagai tempat menuntut ilmu sebelum terbinanya Universiti Al-azhar.Dan ianya masih digunakan sehingga sekarang.Berhampiran dengannya terdapat sebuah bazar yang di beri nama Pasar Khan Al-Khalili dan lebih dikenali dengan paggilan husain bagi mahasiswa disini..Pasar yang di buka sejak berzaman ini meruapakan kawasan jualan cenderahati dan pelbagai jenis barangan lain.DI sini juga terbinanya Masjid Saidina Hussain yang mana di katakan di maqamkan di dalamnya kepala Saidina Hussain.

Tahrir merupakan sabuah bandar yang mana mengalir di tengahnya Sungai Nill yang mana merupakan antara sungai terpanjang di dunia dan dikaitkan dengan kisah Nabi Musa dihanyutkan ketika kecil.Anda boleh menikmati ke indahan persisiran sungai dengan menaiki cruise.Di sini juga letaknya Muzeum Tahrir yang mana memamerkan peninggalan mesir dr zaman firaun sehingga sekarang dan di dalamnya terdapat mumia Ramsis 2 yang terkenal berikutan kisahnya menentang Nabi Musa
.

Sinai

Semenanjung Sinai terkenal dengan kisah kenabian Nabi Musa bermunajat dengan Allah,kisah kesesatan bani Isriel menyembah patung Lembu Samiri,di sini juga terdapatnya Maqam Nabi Harun dan Maqam Nabi Solleh.Bagi mereka yang inginkan sesuatu yang mencabar,bolehlah mendaki Bukit Tursina yang mana di puncaknya merupakan kawasan di mana Nabi Musa berkhalwat dengan Allah dan di turunkan Allah kitab untuk kaumnya.Anda juga boleh menikmati keindahan matahari terbit di puncaknya.Di kaki bukit terdapat Gereja Saint Khaterine yang merupakan antara gereja tertua dan terdapat di dalamnya sejarah2 Nabi Musa.Di kaki bukit ini juga masih terdapat ukiran kesan sinaran dari patung emas Lembu Samiri ,12 mata air Nabi Musa dan Wadi Arbaien.Di Semenanjung sinai ini juga terdapat Kubu peninggalan Israeil dan Kubu Salehhuddin Al-Ayyubi yang terletak di tengah-tengah sempadan Israiel Mesir dan Jordan.
Anda juga boleh merasai mandi wap semula jadi yang mana di katakan Firaun tidak pernah sakit kerana kerap mandi spa di kawasan ini,oleh kerana itu kawasan ini di gelar
Hamam Firaun (Tandas Firaun).


Alexendria

Beralih ke kawasan Iskandariah atau Alexendria yang diambil smepena nama Alexander The Great.Bandar ini pernah menjadi ibu negara kepada Mesir.Iskandariah pernah menjadi satu pelabuhan terkenal pada zaman pemerintahan Sultan Ali Pasya.Antara tarikan bandar ini adalah di kawasan persisiran pantai di mana berdiri teguh sebuah kubu yang digelar Qalah Qaitbay yang di bina pada tahun 1477masihi.Anda boleh menikmati keindahan persisiran pantai Alexendia dari atas kubu ini.

Adakah anda tahu dimanakah terletaknya perpustakaan pertama di bina di dunia?Untuk pengetahuan anda semua ianya terletak di Bandar Alexendria dan merupakan perpustakaan terbesar di Afrika dan boleh jadi terbesar di dunia.Di lengkapi dengan pelbagai jenis bacaan dan sedikit pameran sejarah.Di bandar ini juga terdapat tinggalan romawi iaitu koloseum romawi atau lebih di kenali sebagai Rome Teater.Di bandar ini juga bersemadinya beberapa ulama-ulama besar dan terbinanya
Masjid Nabi Daniel yang mana di katakan di maqamkan Nabi Daniel di dalam masjid itu.

Aswan @ Luxor

Aswan dan Luxor merupakan bandar yang jauh ke selatan mesir,dan hampir dengan negara Sudan,merupakan satu kawasan yang kaya dengan sejarah peninggalan Firaun.Di kawasan ini terdapatnya banyak temple -temple lama seperi temple Abu Simbel,Temple Karnak dan Temple Luxor dan byk lagi yang mana kesemuanya adalah peninggalan sejarah zaman Firaun.Di sini juga terbinanya satu empangan mesir lama yang merupakan empangan terbesar di afrika yang siap di bina pada tahun 1971 yang mana pembinaanya mengambil masa 11 tahun dan takungan airnya melingkungi 6ooo k.m.Anda juga akan di bawa menaiki kapal layar menikmati keindahan Sungai Nill di aswan Aswan selama dua jam dan di bawa berjalan di taman botanikal dan melihat perkampungan nubian.

Hurgada & Sharm El-Sheikh

Hurgada dan Sharm El-Sheikh merupakan satu kawasan peranginan di tepi pantai yang berlainan tempat tetapi berseberangan, di sini anda boleh melakukan pelbagai aktiviti seperti berenang,diving,glass boat atau snorkling utuk menikmati keindahan dasar laut ciptaan Tuhan.Anda juga boleh melakuan aktiviti safari menaiki motosikal 4tayar di padang pasir.Terdapat bermacam macam aktiviti yang boleh di lakukan di sini.

Matruh

Matruh anda boleh menikmati keindahan pantai yang mana jika diperhatikan dengan teliti anda akan dapati ianya mempunyai 7 warna,sekiranya anda berminat anda boleh bersantai atau berenang.di sini juga terdapatnya Hamam Cleopatra yang mana merupakan tempat mandi Ratu Cleopatra yang mana merupakan satu kawasan yang amat unik dengan punca air dari ombak air laut yang masuk melalui 2 lubang.


Fayyoum

Faiyoum juga merupakan satu kawasan yang mana tercatatnya sejarah berkaitan dengan Raja Qarun,yang mana kisahnya yang kaya raya dan ditenggelamkan Allah segala hartanya akibat dari kekufurannya.Di sini terdapat sebuah tasik yang di beri nama Tasik Qarun dikatakan merupakan tempat dimana segala harta Raja QArun tenggelam dan terbentuk Tasik di situ.Masih terdapat lagi banggunan yang dikatakan merupakan Istana Raja Qarun dan salah satu gudang penyimpanan harta-hartanya.

Kemudian anda akan di bawa melihat satu-satunya air terjun di negara padang pasir ini.Untuk sampai ke kawasan air terjun,anda dapat melihat padang pasir di kiri kanan anda.selepas itu anda akan di bawa terus ke kawasan bandar dan akan dibawa melihat kincir air lama.



Inilah sedikit sebanyak yang boleh kami gambarkan pada anda semua,untuk melihat dengan lebih dekat dan realiti hubungi kami EGYPT TRAVEL ONLINE.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More